jangan semborono je brader/minah
gambar adalah curik dari fesbuk. ok.sekali pandang dan baca.tak ada apa2 yg xkena dengan ayat dalam gambar tu..tapi kalau korang baca byk kali. bagi aku..ayat kat dalam gambar tu agak melampau dan sedikit keras..sebab apa?
jangan lupa bahawa sebelum seorang anak perempuan tu nikah, syurga dia masih di bawah tapak kaki mak. apa sampai kurung mak nak kawen punya pasal? pendapat seorang mak tu xpenting ke? restu mak x penting? dah x perlu hormat mak bila sampai soal wali?
memang kuasa wali pada ayah bukan mak.tp mak tu xpenting ke? barang ke sampai nak kurung2 dia?
aku cukup tak berkenan cara dakwah begini.kasar..mmglah kalau orang itu cukup sifat paham sedikit agama seperti aku boleh fikir lebih sikit dan letak ayat ni sebagai contoh extreme bila mak x reasonable tolak pilihan anak sedangkan agamanya dah elok.. kan.. tp cuba kau pikir kalau yg baca ni budak2 atau remaja yang jahiliah? cuba bayangkan... kau rasa dia x konfius or ambil ni sebagai direct translation? mak xde hak.. boleh kurang ajar dgn mak sampai tahap kurung mak bila sampai soal nikah kawen ni.. paham x maksud aku bahaya benda2 mcm ni... dahla ni kat fesbuk .semua main share2... sebarkan semua... apa kau rasa kalau adik yg baru nak kenal agama baca ni? oh ni ayat ustaz... mesti betul. kan?
aku tak salahkan ustaz ni sepenuhnya walaupon cara dia tu kasar sgt dan aku tak suka...aku rsa dalam ceramah dia mungkin dia ada explain detail skit kenapa sampai mcm ni contoh yg dibagi.tp yang main cilok amik2 ayat ustaz ni separuh2 or sebahagian yg kita kena salahkan,..apa nak jadi la... dakwah pon kena cara yg betul.. main ikut suka quote ...boleh jadi ajaran aneh2.. ustaz nak explain kuasa wali yang mutlak pada ayah.mungkin ustaz nak sedapkan ceramah dia bg contoh extreme sampai kurung mak dalam almari..
aku mohon orang2 dalam fesbuk..tlg pikir panjang sikit bila nak main share2...kita ni..kena selalu ingat ustaz tu manusia jgk..tak semua yg dia cakap bulat2 sampai taksub kita ikut..ada certain benda, boleh kita persoalkan..tlglah fikir lama sikit sebelum nak share sebarkan sesuatu.jgn sampai kita jadi penyumbang perosak ajaran agama...


1 comments:
ustaz pun manusia gk..stiap manusia ada khilafnye juga..tp dlm kes ni..ada gk kemungkinan ape y dikatakn..mgkn ape y ustaz explain adalah panjang lg n huraiannya ckup lengkap akn ayat y ada dlm gmbr kt atas tu..tp mgkn ada org2 y tidak peka akan perkara ini, just ambik quote dr ayat ustaz separuh2 tnpa ada explainationye..ini akan menimbulkn salah phm akan ape y disampaikn y sebenarnye..
dlm situasi ini, byk gk persamaan jika kita ambik ayat al-quran separuh2 yang terputus makna asalnya atau ambik ayat y tanpa ada huraian y btol..maka org y xtau sangat pasal al-quran akan salah tafsir..
dlm hal ni..kte kne cube dgr ceramah ustaz tu btol2 dr awl smp akhir y mane quote tersebut diambil..pas2 bru nilai samada btol atau salah..
Post a Comment