Wednesday, December 31, 2008

aku bukak pintu.
aku pandang.
dia pandang
tiada senyuman
tiada greetings
yg ada cuma sepi
kosong
awkward. that the correct terms
yeah i knoe you said things wont be the same again
and yeah..i agree..
wanted to smile
wanted to say stupid words for greetings.
but it stuck when i think twice
walk away...
that the best stupid decision...
end!

Tuesday, December 30, 2008

Kiranya takdir itu tak mampu ku ubah, apakah aku hanya
mampu tunduk dan duduk tanda kalah?

Kalah pada sebuah harapan yang kuletak setinggi
gunung, rebah di tengah jelapang kasih yang ku bajak
tanpa kenal lelah saban ketika.

Namun, akhirnya, aku tewas juga. Ah, apa perlunya lagi
aku merintih di sini, kenapa masih perlu kurenungi
jalan hidup yang sudah tersurat kini?

Atau, aku masih mahu menanam setitis harapan di tanah
yang sudah ku tahu tahap gersangnya.

Bodohkah aku menurut kemahuan abah dulu?

Membiarkan Abah menyusun setiap perjalanan hidup yang
bakal ku lalui, membiarkan abah menjadikan masa
depanku umpama pertaruhan, di antara bahagia dan
derita?

Ah, di saat begini, tidak adil untukku menyalahkan
abah. Aku sendiri rela, menghadiahkan sebuah nilai
pengorbanan hanya untuk membahagiakan Abang Bakhtiar,
Boboy dan Yaya yang kini sudah menjadi sebahagian dari
diriku.

Along? Ternyata aku tidak mengerti tentang kehilangan
dan kehadiran Along yang tiba-tiba. Kehadiran yang
pastinya juga bakal meragut hampir keseluruhan masa
depan yang sudah kupertaruhkan. Kalau dulu Along
umpama helang yang bebas di angkasa, membelah awan nan
luas sambil megah menebarkan sayapnya, tapi kini Along
hadir di depan kami seperti merpati yang patah sayap,
menanti masa untuk segera dirawati serta dimasukkan ke
dalam sangkar indah di rumah.

"Abang dari hospital. Along kemalangan."

Hampir terlepas pinggan yang kupegang. Ternyata nama
Along sudah terlalu asing di pendengaranku sejak aku
bersuamikan Abang Bakhtiar. Tapi, kenapa hari ini nama
itu kembali meniti di bibirnya?

"Along tetap sebahagian dari kita, Lia."

Aku tidak mengerti kenapa kata-kata itu yang keluar
dari mulut umi setelah beberapa detik wajahku menjadi
habuan tatapannya.

Ya Umi, Lia mengerti. Along tetap saudara Lia dunia
akhirat. Tapi, perlukah nanti Lia berkorban lagi? Aku
bermonolog sendiri.

Berharap agar umi mengerti walau suaraku hanya
terhenti di anak tekak, tak mampu untuk kul uahkan.
Kulontarkan jauh-jauh cemburu dan curiga yang
bermukim. Pantas saja aku mempercepatkan langkah.

Sampai di muka pintu, aku terhenti sejenak. Demi
tuhan, aku mahu menjadi insan yang kaya dengan
ketabahan di saat ini. Melihat Along yang terlantar,
melihat umi yang sudah teresak-esak dan akhirnya
melihat jemari Abang Bakhtiar yang bertaut erat dengan
jemari Along yang kaku, aku jadi nanar.

Abang Bakhtiar bangun lalu menarik tanganku. Aku
bersyukur, kehadiranku ternyata masih disedarinya.
Kuhampiri Along yang terbaring, hanya berbekalkan
wayar-wayar yang bersambungan, Along masih mampu
bernafas.

Kucium dahi Along dan kubisikkan sesuatu ke
telinganya. Aku mahu Along tahu kehadiran kami di saat
ini. Dan kalau diikutkan hati wanitaku, aku juga mahu
Along tahu ikatanku dengan Abang Bahktiar sekarang.

Ah, aku terburu-buru barangkali. Namun, naluri ini
mendesak, gentar memikirkan kemungkinan-kemungkinan
yang bakal berlaku.

Malam itu aku tidak mampu terlelap. Seharian aku
menanti Abang Bakhtiar yang tidak pulang. Kata umi,
dia menemani Along di hospital. Tersirap darahku
mendengar, namun umi cepat-cepat memahami kata hatiku.

Demi tuhan, aku tidak pernah minta menjadi perampas
Abang Bakhtir dari hidup Along. Tidak pernah juga
terlintas di fikiranku ingin menghuni rumah besar ini
sebagai seorang ibu kepada Boboy dan Yaya. Namun,
takdir Tuhan akhirnya menempatkan aku dalam sebahagian
dari hidup mereka, juga menjadikan mereka separuh
daripada nyawaku sekarang.

Along yang bersalah. Itu adalah satu kepastian yang
tak dapat disangkal oleh sesiapa. Di saat kasih Abang
Bakhtiar mencurah untuknya, di kala Boboy dan Yaya
terlalu dahagakan perhatian serta kasih sayang seorang
ibu, ternyata Along gagal mencorakkan yang terbaik
buat mereka.

Along lebih suka memilih jalannya sendiri, membiarkan
diri tenggelam bersama air syaitan, hanyut di bawah
kerlipan lampu-lampu kelab malam dan membiarkan Abang
Bakhtiar serta anak-anak terumbang ambing tanpa
perhatian dan kasih sayang.

"Dia yang cabar saya, mak. Dia yang minta saya
lepaskan dia. Dia mahu bebas. Tak mahu hidup dengan
tanggungjawab," suara Abang Bakhtiar lemah waktu itu.

Dia tunduk merenung lantai. Wajah itu terlalu sugul
sewaktu dia membawa Yaya dan Boboy pulang ke kampung.
Umi dan Abah terkejut besar.

Penceraian bukan satu perkara yang main-main.
Mendengar Along dan Abang Bakhtiar berpisah, mereka
menjadi nanar seketika. Aku lebih-lebih lagi. Pelik
memikirkan ragam manusia, terutamanya Alongku sendiri.

Punya pelajaran tinggi, namun ke mana diletaknya akal
dan budi. Setahu aku, Along dan Abang Bakhtiar
bernikah atas dasar cinta. Rumah tangga mereka jelas
terukur dengan bunga-bunga bahagia. Cuma sejak Along
menjawat jawatan yang lebih tinggi di syarikatnya,
sikapnya juga mula berubah.

Keegoan Along semakin melangit dan akhirnya dek
keegoan itu jugalah mahligai Along dan Abang Bakhtiar
punah ranah dihempas tiang penceraian.

Natijahnya aku menjadi sandaran Abah dan Umi agar
menggantikan tempat Along yang sudah lupa diri. Aku
juga dipertanggungjawabkan untuk membahagiakan Boboy
dan Yaya, juga Abang Bakhtiar sekali gus.

Demi tuhan, tanpa secubit cinta pun pada lelaki itu,
aku pasrahkan diri mengheret kaki menapak ke alam
rumah tangga dengan harapan besar agar cinta kami
tumbuh seiring dengan tanggung jawab besar yang sedang
ku pikul.

Ah, di saat jiwa aku sudah terisi sepenuhnya dengan
sayang dan cinta seorang suami, lalu bebayang Along
kembali mencari? Kenapa Along perlu hadir di ketika
aku dan Abang Bakhtiar, serta anak-anak sudah membuang
jauh derita dan kekecewaaan lampau?

Kenapa juga masih ada nama Along yang kukira bakal
meragut sebahagian atau mungkin juga segalanya yang
aku miliki kini? Inginku hamburkan gelisah ini di dada
Abang Bakhtiar, namun kelibatnya masih samar-samar di
malam ini.

Barang kali, jejarinya sedang erat bertaut dengan
jemari Along yang terlantar kaku, barang kali juga dia
kini asyik menatap wajah pucat Along yang matanya
terpejam rapat, lalu memori antara mereka kembali
terselak, cinta yang terbenam mulai terkuak dan
akhirnya sayang akan terus bercambah.

Lalu, ke mana nak dicampaknya aku? Semudah itukah
permainan alam, hatiku merintih pedih. Dan entah jam
berapa aku terjaga, baru aku tersedar yang semalam aku
terjelepok tidur di sisi Boboy.

Bergegas aku bangun dan terus ke kamar. Hancur luluh
hati ini di saat cadar yang terbentang bersih langsung
tidak terusik.

"Along dah sedar semalam, kata doktor keadaannya
stabil. Bakhtiar akan bawa Along pulang hari ni,"
lancar saja suara Umi mencecah ke telingaku seolah Umi
tidak ambil peduli langsung hati wanitaku yang kian
menghiris.

Tiba-tiba saja, jemariku digenggam Umi erat. Mataku
dan pandangan Umi berlaga. Kutahan saja air mata yang
ingin gugur, namun akhirnya ia luruh juga. Tubuh Umi
kurangkul erat, ternyata aku semakin berperang dengan
resah yang kian menjerat.

"Jangan fikir bukan-bukan Lia. Kita harus bantu Along.
Dalam keadaan sekarang, Along hanya mengharapkan
kita," suara Umi tenggelam timbul di pendengaranku.

Hinggalah di saat Along sampai ditemani Abang
Bakhtiar, aku masih membisu sepi. Aku hanya menurut
setelah tanganku ditarik Abang Bahktiar ke kamar.

"Emosinya tak boleh terusik, Lia. Abang harap Lia
faham mengapa abang rahsiakan perkahwinan kita
daripada pengetahuan Along," lembut suaranya menerjah
ke cuping telingaku. Dia masih seperti selalu, penuh
kasih sayang memaut bahuku lembut, seolah-olah dia
cukup mengerti perang kecil di jiwaku ketika ini.

"Lia harap, kali ini Lia tidak akan diminta untuk
berkorban lagi bang," pandangan kami bersatu dan tidak
semena-mena, dahiku dimamah kucupan hangatnya.

"Abang sayangkan, Lia," kata-kata itu kusambut penuh
sayu. Jika sebentar tadi aku kuat mengawal air jernih
yang ingin gugur, tapi kini segalanya luruh di bahu
seorang suami. Malam itu, buat pertama kalinya selepas
bergelar isteri, aku tidur berasingan daripada suami.

Along semakin pulih. Sesekali ada juga dia bersuara
berbual-bual denganku walau terkadang fikirannya
sedikit terganggu. Barang kali, disebabkan hentakan
yang kuat di kepala telah menyebabkan proses
pemulihannya agak lembab dan rumit sedikit.

Namun Along kukira beruntung mendapat Umi dan Abah
yang cukup banyak memberi semangat dan sokongan
padanya. Hampir dua bulan, Umi dan Abah cukup setia
menemani Along di rumahku, dan di dalam tempoh itu
juga, aku tetap menjalankan kewajipanku seperti biasa.
Makan pakai setiap penghuni di rumah itu masih tetap
di pundakku.

Along, selebihnya dia kulihat lebih banyak berbual
dengan Umi atau Abah.

Lalu di mana aku dicampakkan? Sihatkah aku? Sudah
makankah aku? Soalan-soalan seumpama itu sudah tidak
terlontar dari mulut Abang Bakhtiar.

Aku umpama orang asing, bukan lagi seorang isteri yang
perlu ditanya susah senangnya, suka dukanya. Yang
menjadi penguat nadiku kini hanyalah Boboy dan Yaya.

Bosan menguruskan kerja rumah, selalunya aku akan
melayan anak-anak itu dengan kerja sekolah mereka atau
mungkin juga menemani Yaya bercerita sebelum si kecil
itu terlelap.

"Kenapa panggil Mak Usu Mama?" Pernah aku terdengar
Along bersuara. Barang kali janggal mendengar
anak-anaknya memanggilku dengan panggilan itu. Aku
tersenyap.

Mataku memandang Umi, mengharapkan penjelasan daripada
mulut Umi.

"Budak-budak, sejak Lia mengambil alih tugas menjaga
mereka, dah terbiasa dipanggil Mama," lancar saja
bicara Umi.

Aku terkedu dan tertunduk. Tersayat hatiku dengan
kata-kata Umi. Sekali lagi aku pilu apabila hakku ke
atas anak-anak itu diketepikan. Aku mungkin bukan ibu
yang melahirkan mereka, tetapi aku adalah mama yang
menidurkan mereka saban malam setelah Along tanpa
belas kasihan lari daripada tanggungjawab.

"Mari makan dengan mama, Boboy," lembut suara Along
menyapa anak sulungnya, mengajak makan bersama. Boboy
tidak berganjak, sudahnya dia hanya menarik tanganku
ke dapur.

Demi tuhan, entah kenapa aku cukup bersyukur dengan
situasi itu. Terasa kemenangan berpihak kepadaku di
ketika ini.

Berdosakah aku?

Kejamkah aku menzalimi kakak kandung sendiri?

"Dah lama kita tak tidur sama-sama dengan papa kan,
mama? Dulu, papa selalu main guling-guling dengan
kita, mama jerit-jerit bila papa cium mama.

Tapi sekarang, papa dah tak macam dulu. Papa marah
mama? Kenapa papa tak tidur dengan mama macam dulu,"
patah kata-kata itu terlontar satu-satu dari mulut
Boboy yang sebu dengan nasi.

Hampir terlepas cawan yang kupegang. Dan di saat aku
ingin membalas kata-kata itu, batang tubuh Along
rupanya sudah tercegat sedari tadi di ambang dapur.
Wajahnya merona merah, tajam matanya menikam mataku
dan akhirnya tubuh yang sedia lemah itu terkulai rebah
ke lantai.

Umi menjerit, Abah seperti ribut terus menerpa ke arah
Along yang tersadai sedangkan aku masih terkaku. Ah,
petaka apa kali ini. Sudahnya aku hanya tersedar
setelah melihat Abang Bakhtiar yang entah bila sampai
dari pejabat, gagah mengendong tubuh Along ke kereta.

Kupasti, Along akan segera dikejarkan untuk mendapat
rawatan segera. Dia pastinya terkejut, pasti cukup
tertekan dengan setiap patah perkataan yang terlontar
dari mulut Boboy. Aku terduduk.

Kalut otakku berfikir, membuat andaian demi andaian,
menggambarkan segala macam bentuk cerita yang bakal
terlakar setelah segala lakonan kami akhirnya sampai
ke penghujung. Sesak dadaku memikirkan penerimaan
Along.

Malam itu, sekali lagi dadaku bergolak hebat. Abang
Bakhtiar tidak pulang-pulang. Ku congak waktu yang
berjalan, kalau tidak tersilap perhitungan, sudah
hampir 8 jam dia menemani Along yang kembali mendapat
rawatan. Kata doktor, Along terkejut dan gegaran di
otaknya kembali perlu dipulihkan.

"Berita itu benar-benar mengejutkannya. Umi takut
Along tak dapat menerima kenyataan," kata-kata Umi
kutelan sahaja. Apa maksud Umi menyatakan sebegitu
padaku? Menagih pengorbanan lagikah? Aku bersoal-jawab
sendiri.

"Lalu, apa usaha kita, Umi?" Sengaja aku bertanya,
cuba mengorek apa sebenarnya yang terlakar dalam
fikiran Umi.

"Entahlah, Lia. Bahktiar pun nampak bingung. Seharian
dia menunggu Along, makan minum pun tak diendahkan,"
kata-kata Umi menyengat naluri wanitaku.

Begitu sekali tingkah Abang Bakhtiar? Begitu sekali
dia menghambakan diri pada perempuan yang suatu ketika
dulu meremuk-redamkan jiwa lelakinya? Dan begitu
sekalikah sayangnya pada Along?

Ah, lelaki itu pencinta yang setia. Itu sudah
kumaklumi sejak dari dulu lagi, namun bahtera
perkahwinan itu karam di tengah pelayaran.

Aku melawat Along keesokannya. Bergegar naluri seorang
isteri tatkala melihat suaminya terlentok di sisi
katil sambil jemarinya erat bertaut dengan jemari
Along yang masih tidak sedarkan diri.

Aku melangkah tabah. Biarlah untuk kali ini, di saat
segenting ini, biarlah aku mengalah lagi. Aku
menyentuh perlahan bahu Abang Bakhtiar dan dia
terbangun. Matanya merah, wajahnya cukup jelas
memancarkan kekusutan di fikiran.

"Maafkan abang sebab tak pulang ke rumah semalam,"
terharu benar suara itu masuk ke jantungku.

Ah, dia sesungguhnya suami yang terlalu baik. Tidak
kering dan tidak pernah lokek dengan kata maaf sejak
dari dulu.

"Bagaimana dengan Along?" Suaraku kedengarannya
sedikit tegas. Sebenarnya aku cuba untuk menutup
getaran hati yang sering benar berkocak.

"Stabil kata doktor. Mungkin boleh pulang esok," mata
Abang Bakhtiar seolah mencari mataku. Begitulah dia,
cukup prihatin dan peka dengan setiap tingkahku selama
ini.

"Maafkan abang kalau abang seolah mengabaikan Lia
sejak akhir-akhir ini."

Ah... luluh hatiku mendengar pengakuan itu. Jadi,
benarlah aku telah diabaikan selama ini, benarlah dia
seperti menolak diriku ke tepi. Pada hal selama ini
setiap yang kurasa itu sedaya mungkin kuanggap sebagai
permainan perasaan sendiri. Dan rupanya ia adalah
hakikat yang diakui oleh suamiku sendiri.

"Bawalah Along pulang, bang. Apa pun yang bakal
berlaku, biarlah kita hadapinya bersama," kata-kataku
serak.

Namun kupasti, aku sudah seikhlas mungkin bersedia
untuk menghadapi sebarang kemungkinan yang akan
berlaku. Mendengar saja azan Subuh berkumandang, Abang
Bakhtiar berpaling. Dia menghampiriku.

Lama wajahku direnung sebelum dia mengajakku solat
Subuh berjemaah dengannya. Aku akur. Itu bukan sesuatu
yang luar biasa. Malah, sudah menjadi rutin dia sering
menjadi kepala jemaah setiap kali kami bersolat di
rumah.

Aku cukup senang, cukup tenang menghambakan diri pada
yang Esa di keheningan Subuh itu. Selesai salam
diberi, seperti biasa aku menadah tangan menanti doa
yang bakal dibacakan suamiku. Panjang doa Abang
Bakhtiar kali ini dan dia kelihatannya cukup
bersungguh-sungguh.

Lebat air mataku kembali mengalir, deras juga debaran
yang bergendang di dada. Setelah doa diaminkan, pantas
seperti selalunya, tangan suami yang kusanjung itu
kukucup kemas, dan kali ini lama kucupanku hinggap di
tangannya.

"Abang ceraikan Lia dengan talak satu."

Sayup-sayup suara itu mencecah ke telinga. Denyutan
nadiku seolah terhenti......

++++++++++++++++++




mak aku....hehheheh...kalau aku balik, sebot je apa mau mkn....steak?nasi lemak?nasi impit?nasi ayam? smua dia akan masak...hehehhe...trharu oke....sedap lak tu..asal balik je,gemuk.balik je, gemok...huh...ngeeeeeeeeeeee..pagi ni...mak aku masak nasi lemak+ ayam goreng panas2....uhuuuuuuuuuu.....

layanlah korang pic ni....lauk ni..xabes lagi ni...ada byk lagi lauk atas api tgh masak....mcm ikan bilis...smbal power....



dan begitulah mama-nda bila aku pulang ke tanah air...smua dia nk masak.ngeeeeeeeeee.....

Sunday, December 28, 2008




seoul garden day.....sbnarnya ni first time aku bwak beliau(afiq) mkn kat sini...yg buffet nye la... ala-carte dia dh penah mkn...ngeeeeeeeeeeeeeeeee.... pehtu.....setelah aku buat eklan serba sedikit yg cambesh pasal buffet kat seoullllllllllll garden ni, dia pn okay je.... *** kalau korang student lagi...dtglah weekdays bersama kad pelajar anda + perot yg kosong n amat lapa....** mesti berbaloi...cam kiteorg...aku ada kelas dr pagi butes smpailah tghari....n xmkn paper....mmg lapau tahap perot dah nyanyi rock kapak dah.... beliau plak.... dia jogging pagi tadi + penat nunggu aku gi mengadap lecturer...mmglah lapo.....


kiteorg pn masuk...bayor dlm 20 hengget sorang...pehtu...serbuuuuuuuuuuuu!

mkn dlm 2 round...bantai udang+ayam+ daging+sayor+ikan+kimchi+nuget+kerang+sotong+segala jenis fish ball+ hotdog+ popia+fries+eskrem + nasik dan kamik mkn ni dgn ganaznya mengadap oke...ngeeeeeeeeeeeeeeeeee..... sedap2...nyum2....pastu sblum kuar...muka aku pn dah naik biru sbb nak muntah kenyang yg amat...huuuuu..tp pueh ati...berbaloi 20 hengget aku...ngeeeeeeeeeeeeeeeeeee.....



sesapa yg nk g bntai mkn sini....pastikn anda amat lapor...dan...jgn membazir..kalau x abes, dia timbang n kena bayor oke.... hehehehe.... :)

Saturday, December 27, 2008



aku.....aku dedicate lagu yg aku suke ni...siapa sangka...sang katak boleh menyanyi dgn baiknya.....sile melihat video di atas dan korang akan paham...

walaupn lagu ni ditujukn pada seekor badak sumbu....(aku x bygkn mereka yg akan dedicate ni mcm badak sumbu..sesumpAH!!!!)

tp aku mmg dedicate kpd mereka2 yg disebot kat tajuk tu..... :)

Friday, December 26, 2008

ngeeeeeeeeeeee.....telefon bernyanyi pkul 8.30 pagi

beliau: dah bgn ke blom...??
aku: emm?em.....
beliau: tido lagi ye?
aku:............................em.........................
(letak telepon)

hp aku nyanyi lagi pkul 11..

beliau: dah bgn ke blum?kita lunch sama kn?
aku: emmmmmm....napa?dah lapa ke?kan br pkul 9 ni...
beliau: kepala hotak...dh pkul 11....
aku: erk?11 dah?kat luar nmpak cam pkul 9 je..xnmpak encit matahari pn....kamu dh lapa?jap eh..nk bgn dah ni...
beliau: xpelah,....tidolah puas2 dulu...nnt kita gi eat..then br kamu leh blaja nk exam esok...

(trharu laaaaaaaaaa..alalalala....dia kesian kat aku kepenatan dek krn business presentation yg celaka itu....sbb tu dia kasik aku tido lagi...kalau x...mmg kena maki + sindir)ngeeeeeee....

pkul 12 aku bgn gi mandi siap bagai dan beliau mengidam (beliau tidak pregnant oke! walaupn beliau makin membuncit....tp beliau masih suci.... :P).....beliau mengidam burger king....mohla kita menapak pi mp bantai burger king...(carik mana aku dlm gambar di bwah...)



mahal mmglah mahal encit burking( singkatan burger king)....tp pueh ati doh....jenuh aku nak ngabeh kn burger mushroom swiss aku....ngeeeeeeee....dan beliau jgk first time aku tgk trmengah mengah ngabihkn mknan....cumes fries dia x sesedap mak donald (mekd)....dan beliau teruja sbb air bleh refill 18 juta kali..beliau membantai 2 cup air yg bersaiz large oke.pehtu memcicit pi toilet...padan muke..minum air gules(air berkabonat xhenggat).....beliau mengalami sugar rush slepas itu di mana beliau telah membeli sekuntum bunges purple buat aku..ngeeeeeeee..... tengkiu!!!


dan meroyan aku trhadap kekeciwaaan x menang business presentation itu x abes lagi..jadi kamik pn meroyan bersama pi membantai KENNY roGErs plak.....(time ni perot dah full...tp tadik lagi mmg beliau telah memplan utk maraton mkn...)...kiteorg makan stgh jam lepas bantai burking oke....


disebabkn masih kenyang....kiteorg order 1 set mknan je...share2.....weehuuuuuuu...mkanan yg maveles.....laju je kiteorg makan benda ni...sedap seyhhhhhhhhhhhhhh...ayam black pepper + mash potato+fruit slad+ muffin(beliau mkn..aku xsuke..MANIS!)...+ nasik apa tah nama dia...
dan kamik pulang ke pangkal jalan ke patment masing2.....ngeeeeeeee...mlm toksah mkn...esok isnin pose oke???ngeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee......

Thursday, December 25, 2008

mlm itu....beliau mengajak aku pegi dinner bersama di jaya jusco....pehtu...tetibe beliau mengajak aku ke secret recipe... ngeeeeeeeeee..dpt mkn kek dan beliau menyuruh aku memilih kek apa...dan dia nk decide nk tulis apa kat atas kek itu.... sblum ni yg tukang pikir apa nk tulis adlah aku....dan kek trakhir yg aku decide utk tulis demi menyambut anniversary kiteorg adalah... " cinta si durhaka!" romantik x aku?mmg kena ketuk kepala dek beliau sbb tulis benda ngarot2...ngeeee....


antara barisan kek yg perlu dipilih(nk smua ken x????).... boleh blah(ini adlah ayat beliau) dang! durhaka...


last skali...ini yg menjadi pilihan aku....choc chip walnut...nyum2....( beliau amat munyukai kek ni...krna apa?sbb beliau hantu kacang dan smua kacang dia suka...hantu betol dgn si kacang)....
kakak itu dengki..dia xbg aku tgk apa ayat yg beliau telah pilih...korang konspirasi ke?dang! durhaka....

ketika sedang mkn

beliau: aik...apsal pilih kek yg ada kacang?bkn x suke kacang ke?
aku: walnut sdap...mkn je...kacang tnah yg dlm nasik lemak yg wek2....
beliau: siot je..mkn kacang mahal je...kacang murah(kacang tnah) xnk makan..cis...
aku:suka ati wa aaaaaaaaaaaaaaaa....



dan inilah rupanya kek itu dan tulisan yg dipilih oleh beliau....
kenapa dia pilih A & A??? nah...jwpan nya dlm video kat bwah ni...

layannnnnnnnnnnnnnnnn(nada sore farah fauzana dlm melodi)....


tlg...tlg jgn muntah selepas melihat video ni...tlg....amaran ni ye...
mule2...bukak paket....smbil baca jampi sesampah....

"ha...tu mulalah tu.....nk amek pic org"

pehtu amek sudu...

..amek sikit twisties...seketol jadilah...

tp lepas tu jadi tamak n tukar pikiran...amek smpai penoh sudulah!

pehtu...ngaaaaaaaaaaaaaaaaap! nyum2......
"xyah cuci tgn"= ayat cover line @ayat org pemalas nk gerak pi sinki..padahal sinki depan pintu bilek je....hampesssssssss....


Tuesday, December 23, 2008

sejak beberapa hari yg lepas....uhuk2(batok gedik).... uhuk3...(batok serius plak)....
asal bukak tingkap je....mesti dum!!! trtutup dgn ganaznya dan kuatnya sound efek dia....uhuk....melatah jgklah sbb trkejot....

angin kat luar...uhuuuuuuuuuu..kalau kamu tidak gemuk kemungkinan utk diterbangkn dgn free adlh tinggi...bak kata air asia...kini smua boleh terbang dgn low cost...

ari ni plak....encit kdiah dah poie kelas....aku pn dh lama menapak pi kelas...balik2 umah je....bersepah bilek aku..kertas melayang2 seperti layang2.....btol air kosong trgolek2....tudung aku yg tergantung menari2 dangdung toksah kira la....ni plak aksi poster encit Afiq yg turut serta menari gaya gohead gostant....




ye...ye...encit langsir pn xnak mengalah....menari gohead gostant......(perhatikan tingkap itu....drpada 3tingkap...2 dah memberontak tutup sndiri...durhaka ni...trkejot aku....


dan walaupn matahari terik kat luar...ttp xpanas sbb angin menganaz disini....dan...berakhirlah musim winter(hujan lebat berhari2) yg melanda sblum ni.....


lalalalla....nk tito....sedap tito nie....lalalala......




Monday, December 22, 2008




lalalala....pagi yg bodoh...nerves yg bodoh..lalalala....present hari ni( 20dec oke..ini entry gue lmbt hapdet)..lalalala...aku x takot dgn part sndiri...aku risau dgn part dorang yg lain sbb aku tau mmg akan turn up mcm taik part yg lain...lalalala...aku tido 4 pagi utk siapkn slides yg patotnya dibuat org lain....bab* x????dan ketua pulak?xyah la aku nk maki hamun kat sini...aku dh learn my lesson from maki hamun hari tu....lu pikir sndiri laaaaaa wahai ketua..... kalau stakat lu nk kira lu punya assigment yg lain...aku ada assigment due date isnin ni....dan mid term isnin ni jgk.....smua benda yg presentation dh letak kat bahu aku dgn mereka2 yg present mcm taik.dan since aku bkn ketua..mereka x hormat aku.....kecuali ayie..aku perlu bagi kredit pada dia..dia present bgs...yg lain....lu pikir la sndiri...aku dah malas nk ckp ape...tp aku kuciwa amat sgt sbb aku sorang bg effort lebih dr apa yg aku mampu...tp still..end up..dia bergantung jgk pada yg present....kalau dh taik..ttp taik... dan wahai encit ketua...aku tau ko cuma pentingkn A....tp bg aku.alang2 dh buat kerja..buatlah trbaik yg mampu smpai abes....mmg org lain x pduli assigment ni mcm mana aku pduli...sbb ini bukan idea meraka @ idea bapak mereka..aku dah kecewakn abah..i am so sorry abah...kalau kak tau mcm ni smua turn up...kak lagi rela besusah payah buat smua sndiri....


anyway...nasib baik buah hati aku dtg sblum aku present dan menenangkn aku slepas aku kuciwa amat sgt n menangis..ye aku nangis sbb xdpt grand prize.....pueh hati korang? dan aku bleh senyum balik stlah dipujuk n dicomfort oleh beliau..jadi hepi kembali walaupn ati aku tidak seceria itu...haaaaaaaa...

utk itu...kami pergi melepas kekeciwaan aku dgn berhibur lara...

tp sblum tu...eat dulu...aku nk mkn pedas...pedas sgt.....pueh ati aku....kiteorg pi kedai SUP UTARA kat melaka central...sup dia...maveles...sedap+ pedas....aku amek sup ayam....beliau amek sup daging dan kami berkongsi..uk menambahkn kepedasan...kami order smbal belacan satu mangkuk dan mengadaplah kami tnpa berkata2...(lapa siot....sehari x mkn apa)


lepaih tu.... layan citee kat mbo..IP MAN....memula aku x rasa cite ni akan besh...tp sbb aku dh kesedihan yg amat sgt...aku pn bntai je lah..xpduli apa dah...ati gue kesedihan....


tp rupa2 nya...syiok seyh cite dia....kung fu!!!!(aku kn suke action).... dan sedeyh+ funny jgk..plus....kijam....plus sejarah china masa diserang jepun dulu..mmg kejam...dan dlm cite ni....dia menerangkn yg kungfu tu bkn utk berlagak...bkn utk membuli....mahupn membangga diri...kungfu lebih dr itu....kalu lu nk tau apa bnda yg wa ckp....ha...poielah tgk cite tu...xborink wa ckp lu.....pada mereka yg kena amek sejarah....tgk aa cite ni..berguna..sapa2 yg kena amek mlysian studies pn...tgklah cite ni...nice story line....





kedudukan: dlm kelas...bangunan fosee lama...tingkat 3.xada hantu..

aku smpai kelas pkul 12.50...aduih...awal lagi...
lepaking kat meja...main pilih2 meja suka ati..
buat2 tgk hp....
bosan
tgk notes...

finally....
san smpai.

aku: oi...boypren ko ape cite(permulaan topik)
san: kepala hotak ko.aku mana ada boypren.

dang! xmengaku jgk..tp jwapn san mmg meyakinkn..dia xpenah kantoi mahupn trsipu2 bila aku tnya pasal boypren xkira di mana dan tmpt..asal trserempak je...aku tnya...jumpa dlm toilet pn aku ttp tnya..tp xpenah berjaya..dang!.walaubagaimanapun aku ttp rasa san ada boypren.knapa?dia jadi lebih feminin skarang.dh pandai dh ikat rambot tinggi2....dress up cun meletop....wewitttttttt...aku x rasa dia saje2 je change.dia change utk sape?..mesti dh kena basuh ngan boypren dia...bila afiq nk basuh aku jadi lembik?eh...lembot??? cis...jgn harap...

syh........madam dh smpai. apsal nk syhhhh?kelas x bising pn..saje..amek mood utk serius dlm kelas...


madam mcm biasa....trus start ngan lecture hari ni..bla2....bla2....ye rathi!(perkataan paveret madam bila dh byk membebel)...bla2...bla2..... oke mark?(sebut pelat omputih yg pekat oke)...paham mark?(pelat omputih lagi).....bla....bla...bla...bla.... qiyamulail?do you understand?....(cool xnama classmate aku?aku suka nama tu...ngeee....)...bla...bla...bla....

tibe2 sore madam jadi slow....makin slow...n langsung x kedengaran.....

dang! microphone rosak....

madam pn start buat tarian gerudi inol(version tgn)....dgn harapn microphone kembali berfungsi..gagal~! aku rasa....tarian begitu cuma applicable bila kita kat concert inol @ berada di indon n microphone kita rosak.... madam tidak berputus asa.....dia cuba pulak teknik menghembus....dan bacaan jampi seperti "test...testing...testing 1 2 3..." dang! teknik jampi bomoh pn x berjaya....madam pn give dan start mengeluarkn nada yg amat bingit pada telinga aku sbb aku lepak meja plg depan skali...dang!

ni sume sbb san..kalau x aku nk dok baris kedua...xadalah amat bingit telinga bila madam guna piching cemtu..bingit sikit je....san lupes bawak kanta pembesar...jadi kena tukar tmpt plg depan...dia xnmpak oke...

tp korang tau?dia ttp x give up ngan microphone tu..sepanjang dia menggunakn pembesar suara sndiri, dia ttp setia pegang microphone tu...aku pn pelek..besh sgt ke pegang microphone?last aku pegang microphone xada rasa cam besh pn...sbb apa aku rasa xbesh?

1) aku nerves sbb takot suara aku kelakar bila guna microphone...
2)nnt aku start nk nyanyi lak..ces!
3) presentation kot! kompem la nerves....kalaulah aku leh buat presentation smbil berbisik je kan besh....xadalah nerves sgt....
4) bila aku nerves...aku mula rasa nk muntah n kentot byk2...dang!


rupa2nya itu ikhtiar madam utk microphone tu berfungsi....aku rasa dia nk buat2 mcm microphone tu mmg function n x give up dgn microphone tu.....konon2 nk pujuk microphone tu yg kami x penah berputus asa dgn kamu encit microphone! truskn berfungsi!gambate!

dan mmg berhasil....lepas 5 minit madam guna pembesar suara sndiri...microphone tu pn elok balik....lagilah pekak telinga aku bila tibe2 serentak pembesar suara madam+ microphone..cool x cara madam aku?aku suke la....cool :) seperti dlm cite martian child....dont ever ever ever ever ever ever ever give up!





Sunday, December 21, 2008

Tag by fibo che2

[1] Do you think you're hot?

ahaks..........ngak tau...

[2] Upload a favorite picture of you.



[3] Why do you like this picture?
sbb dia picture aku....

[4] When was the last time you ate pizza?
erk....masa abah dtg jumpa encit afiq.....

[5] The last song you listened to?
kak diah membebel...

[6] What are you doing right now besides this?
taip benda nilah...bodoh betol soalan ni...

[7] What name do you prefer besides yours?
ainul kamalia

[8] People to tag
1.fibo che2 ken x?j
2. em..............................encit boypren...
3. nazwan(br tau dia baca blog ini :) tengkiu)


[9] Who is no.1?
number one ape ni?

[10] No.3 is having relationship with?
seblah nombor 3, number 2 & number 4....jadi org yg dekat dgn number 3 adalah number number 2 &4... jadi ...itulah hubungan mereka....

[11] Say something about no.5
ape main nombor2 ni????

[12] How about no.4
gila ke?

[13] Who is no.2?
mungkin kaunter pertnyaan...

satu pagi yg tension sbb duet xada.....hp aku nyanyi lagu dont speak tibe2...ngeh3....

aku: helo...
mama: hah! dok buat apa?
aku: xada apa...lepakking dlm bilek ja.awat ma?
mama: haaaaaaa...xdaklah...saja nk tanya...nieh...duit ada lagi ka?
aku: aaa...ada...
mama: brapa ada tu?cik tu bukan boleh kira...satgi tinggai suploh ringgit pn dok kata ada..
aku: lor...btoi la..suploh ringgit pn dok ada lagi duit..
mama: habaq lekaih..loqlaq.
aku: ngeeeeeeeee...eeeeeeemmmmmm... 60 hengget(sbnarnya dlm purse ada lagi 50 hengget :P)
mama: ha ... tgk..tudia...awat x habaq xada duit...bla2.....bla2.... dr kecik smpai ke besaq....xreti nk mintk ka?satgi kot trkejot trgempaq(emergency) tiba2...ha..nk buat lagu mana?isk.. satgi ma masuk rm100...
aku: aaa?aaaa..oke...ngeeeeee...(sore dh gedik)....


haaaa...tgk..terer x mak aku?xyah bgtau xada duit...dia dh tau..ngeh3......cayang ma! tp sbrnarnya aku dh buat kira2....dan aku mampu survive sbnarnya dgn duit byk tu...ngeh3....sbb tu x mintk.. :)

Saturday, December 20, 2008



korang kenal x seekor monster ni...ye...aku telah dibelasah nye dlm beberapa hari ni....aku try jgk nk melawan...tp...dang! dia lebih kecik dan berkuasa utk aku detact sbb aku rabun.dang lagi sekali! kecacatan trserlah....dan dia lebih prefer aku dr nk membelasah org lain...apatah lagi kak diah...aku je yg kena plg truk...kureng ajar...cis!

abes sume tgn aku..muke aku.....kaki aku..memerah...yg berdarah hasil seni kerja aku toksah kata la...luka sana sini..dang! cacat lagi....

korang tau sapa monster kecik tu???


NYAMUK YG KEJAM!!!!!!


marilah ramai2 membenci encit nyamuk@ monster.... benda ni plg jahat drpd puaka niang rapik...ngeeeeeeeeeeeeeeee.....


info extra (aku suspect kfibo penah kena benda bwh nie...)


Penyakit Chikungunya

Penyakit Chikungunya adalah penyakit jangkitan virus yang disebarkan oleh gigitan nyamuk Aedes. Gejala utama jangkitan adalah demam panas, rasa sakit yang teruk pada sendi terutamanya sendi kecil dan ruam. Chikungunya tidak menyebabkan kematian dan adalah ’self-limiting’ ataupun sembuh dengan sendiri. Pesakit cuma memerlukan rawatan simptomatik dan rehat secukupnya, namun gejala sakit sendi boleh berlarutan bagi pesakit yang telah berumur. Rawatan hospital hanyalah untuk keadaan tertentu sahaja. Pesakit kebiasaannya memperoleh imuniti sepanjang hayat. Sepertimana jangkitan virus lain, tiada ubat khusus atau vaksin untuk penyakit Chikungunya. Cara paling berkesan untuk mengelakkannya adalah dengan mengawal pembiakan nyamuk aedes di persekitaran kita.










Friday, December 19, 2008


ehehhehehe....encit afiq x jadi durhaka....dia telah pulang ke pangkal jalan...eheks....!! hepi x?ngeh3.....sengih+ hepi smpai trbgn dr tdo ptg yg besh...hauahahahahhahah...


tengkiu ye kamu sbb kamu snggup xmo pi benda tu....ngeeeeeeeeeeeeeeeee.....lalalallala


smalam adalah amat yay!!wuhuuuuuuu!!!yehaaa!! (ekspresi hepi melampau) sbb ada org sude balik....sy sude tidak menjanda...ehek....tp2...tp2.....dia telah bersalin kulit..huhuuhuhu..sude tidak cerah seperti biasa..biasa2 pn xadalah cerah mana

..tp tidaklah seperti hangit begini.eheks....

dan menapaklah kamik ke makdonald@mekd@mc donald@makdi....yg diberi nama mekdi taman buaya...mmg buaya btol!


mak aih.....beratur punya panjang...siot je....dahle lapor....uhuuhuhuhuhu....ni pesalah yg pekerja mekdi yg mengaku berslah krn que adalah amat panjang...ngeh3.....

aku: nk sos cili lapan juta boleh?
pekerja mekd: boleh....
aku:(sengih)
perkerja mekdi: boleh belah!



cit! durhaka.....sbb tu la dia mengaku berslah....hahahhaha(gelak jht lagi)



menu kiteorg....ayam cpisy +prosperity burger



aksi makan prosperity burger yg gedik!! daging black pepper tu gelap ke....atau encit itu lebih gelap..muahahahhaha(gelak jahat)...


ni plak aksi mkn prosperity burger encit afiq yg tinggai suku.dan encit afiq mkn ayam mekdi aku yg tinggal seketul...argh..mmg idup aku ngan dia x adil pn..kalau aku abeskn mknan dia mesti portion kecik je...tp kalau dia kena abeskn mknan aku..mesti portion besau..manalah bdn kamu x naik.ngeh3....

dan....aku dah bilang..aku x makan burger sekali ngap...mesti aku asing2 kn...n nikmati satu2...dan burger yg bagus adalah burger yg ttp maintain sedap walaupn aku mkn roti shaja...ngeh3....kena ketuk kepala lagi sbb mkn cemni....ngeh3....




dan encit afiq durhaka lagi sbb akan tinggalkn aku lagi pada esoknya...huwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..... kijam!= xdtg masa org present :(