Tuesday, May 15, 2012


Monday, May 14, 2012


cantik kan ciptaan tuhan?
from my balcony..
tak sempat nak lari naik atas bukit capture kecantikan alam ini....

sunset di canterbury 11-5-2012


Sunday, May 13, 2012

.ini semua terima kasih daun keladi kepada perencah maggie ayam masak merah n perencah maggie nasi beriani.. senang hidup aku...tuang perencah, tambah sikit2 barang lain..tetibe dah siap... apa?resipi? pegi beli kat kedai perencah maggie ni, pastu ikut cara2 camna nak masak dekat belakang packet.hahaha..sedap je hasilnya... 

sedapnya ayam merah ni..podas..tambah cili kering and asam keping utk balancekan pedas masam..dan tambah susu cair utk lemak2 berkrim gitu...


nasik ni lagi senang.... masuk perencah...masuk butter satu senduk.. tapi aku rasa kalau pakai minyak sapi lagi sedap...pastu masak nasik mcm biasa..cuma air kasik lebih skit sukatan..sbb perencah ni suka serap air...kalau x lebih,nnt nasik belum masak sepenuhnya, periuk nasik dah tukar jadi warm dah...cis btol..so lebihkan sikit sukatan air ye pompuan2 dan laki2... 



makan panas2 sedapnya...nomnomnom 

eh ok bai...

Saturday, May 12, 2012


"kalau ada peluang utk kembali pada moment waktu soalan itu ditanya dulu.nak kembali x?"
"taknak"
"taknak fikirkan dulu?"
"taknak!"
"kenapa?"
"sebab sekarang lebih baik dari dulu.dan sebab jawapan pada soalan tu tetap sama..."

sila pergi jauh jauh. ok? damn u mimpi... mesti syaiton ni sbb aku lupa basuh kaki sblum tido n tertido tak sempat baca doa... ish!

eh.apesal dalam mimpi pon aku garang2 ni? hahaha..

bye.

Friday, May 11, 2012



Kau membisik, Kau memanggil,Cuba mengheretku ke ruang fantasi,Bicaramu menggoda, Semua bagai indah,Hanya madah sia-sia, Racun berbisa..

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta..


Aku merenung ke luar tingkapMemikirkan masa aku yang kian singkatMerancang usaha aku yang perlu ditingkatTerkenang masa lalu yang lebih ringkas.Pesanan ringkas di alat komunikasi,Bisik belakang lagi gosip sensasiDulu geli hati pernah ku minatiYang dahulu manis kini aku rasa basi,Bila diumpankan secebis umpatan,Yang lebih penting lebih senang dilupakan,Yang gangsa digilap kita sangka emas,Kaca dikejar yang berlian lekas terlepasNasi yang dikendong senang tercicirBila sibuk mengejar madu mengalir dari bibirYang dijual murah untuk beli sepah,Hingga tubuh kebulur, dan rohani resah

Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.


Satu masa dulu kita dua sejoli,di antara hobi, bercerita di kedai kopiHingga pukul 2 3 4 5 pagi,Malam tua tapi kita masih muda lagiGerak pantas mulut manis bila ada gadis,Macam baju tukar laju biar mereka menangis,Tak heran ada yang lain lain,Kita saing bukan sukan hanya main main,Bukan tempat aku untuk mencemuh mencaci,Tapi aku bukan lagi,Kau ada hidup kau aku punya hal sendiri,Lihat aku punya masjid indah yang terdiri,Jauh sekali tempat aku mengadili .Tapi aku harap kau pandai membawa diri,Kalau jumpa diluar pasti bertegur sapa,Jemput ke rumah aku kalau ada masa,


Helah dan dusta punca sengketa,Menghancurkan segala,Bawa sengsara dan airmata..


Itu ini begitu begini, Beza persepsi di sana-sini,Cara dia dan cara mereka, Masing-masing punya citarasa,Itu ini begitu begini, Gosip sensasi di sana-sini,Kisah dia cerita mereka, Tak peduli benar atau dusta.


*lirik yang perlu difikirkan.....

Thursday, May 10, 2012

long journey bersama kawan2..slalu aku yang kena jadi kambing hitam drive.walaupon aku rasa kawan aku yang sorang tu akan offer bila aku penat,tapi sebab kereta selalunya kereta mak bapak aku, aku rela kalau aku yang jahanamkan dia dari orang lain.nanti tak payah timbul konflik.semua salahkan aku je senang. cho sweet x saye? tapi kalau aku penat, aku takdelah bodoh sgt taknak brenti jap...brenti la pegi toilet menari hip hop kejap dalam bilik air.... cuci muka gaya iklan pencuci muka tu..bajet licin mulus habis kulit.hahaha.. pastu pastinya kita carik kopi ais... eh aku tak suka nak panas2 ni..melecur lidah dah potong mood driving lg... kalau xde kopi ais..aku rela minum apa saja air yg sejuk termasuk mineral..gila degil taknak kopi panas tu.padahal boleh je halakan aircond dekat kopi dalam 15 minit, pastu terus sjuk kopi kau...tapi still takde motif aku nak minum..aku nak kopi ais jugak..takde ais...takleh la minum..padan muka sapa pandai2 bagi idea sejukkan kopi tadi?kau minum kopi tak sedap itu.

tapi dalam semua tantrum aku bila long journey ni....ada satu ni yang kawan2 aku paling ngeri sekali...

"kau try ah tido..try! aku tido sekali kalau kau tido...aku tak tipo punya...agak2 kau dah sedia nak mati, tidolah!tido!" (jerit2 sambil drive)...

tapi lepas beberapa minit, aku jugak drive sorang n dorang tertido.... !@#$%^&*() apa ni! kenapa korang tak pernah amik serious ugutan aku?

!@#$%^&*()@#$%^@#$%^&!@#$%^&*


Tuesday, May 8, 2012

waktu post ni keluar, aku rasa semua tentang bersih sudah reda.....(aku harap)...

tapi aku rasa, adil di sini aku merasakan apa yang aku rasa tentang BERSIH ini....

mari kita tengok apa tuntutan BERSIH...

gambar ihsan google...

baiklah...kalau kita tengok secara kasar, saya tak nafikan..ada relevantnya antara tuntutan bersih seperti hentikan rasuah, politik kotor, akses media yang adil,bersihkan senarai undi etc2.... saya setuju bahawa proses pengundian di negara kita masih banyak kelemahan dan perlu dibaiki....

tapi apa yang saya rasa tak wajar adalah rakyat malaysia bertindak mengikut rasa benci, marah, dan seperti berada di zaman jahiliah bila undang2 jadi seperti sampah....

1) berdemo ini adalah HARAM dan salah di sisi UNDANG2 bila tiada permit...bila kerajaan berikan pilihan dengan option buat di lokasi yang lain, kenapa ambiga sebagai penganjur tak terima? kenapa masih berdegil dan nak cetuskan perasaaan kurang senang (marah) pada peserta BERSIH? ambiga seorang yang mempunyai latar belakang undang2 dan tiada sebab yang kukuh kenapa mesti buat jugak perhimpunan itu di dataran merdeka...ambiga tahu benar tentang akta berhimpun aman, lebih dari arif tentang undang2 yang sedia ada, kenapa masih mahu berdegil tanpa sebab?.. ada x rakyat yang pergi berhimpun fikirkan hal ini? kenapa Nik aziz, anwar ibrahim boleh berkerjasama dengan ambiga membabi buta tapi tolak bulat2 kerjasama yang cuba pihak berkuasa berikan? siapa dapat jelaskan pada saya x? sakit di mana kalau tak buat di dataran merdeka? cedera di mana? jatuh ego kah kalau bekerjasama dengan pihak berkuasa?

saya tak hebat dalam agama....tapi saya jugak tidak terlalu jahil hinggakan undang2 dunia yang tidak bertetangan dengan hukum syarak saya tolak membabi buta... boleh berikan saya satu contoh dimana RANG UNDANG-UNDANG PERHIMPUNAN AMAN 2011 salah disisi undang2 ALLAH? tolong berikan saya satu contoh..saya merayu...jadi kenapa tolak untuk mengikut undang2 ini tanpa berfikir panjang? kenapa tolak untuk berkerjasama bagi berdemo secara aman dan terkawal? boleh berikan saya sebab dan musabab yang boleh diterima akal?

paling sedih apabila semua orang yang pergi bersih ini tolak undang2 seolah olah undang2 ini sampah... tanpa undang2, kita akan kembali pada zaman jahiliah....

kerana tolak undang2 ini, kanak2 dibawa...budak2 bawah umur menyertai perhimpunan haram ini... orang kurang upaya, yang sudah uzur, mengikuti perhimpunan ini... secara logik akal, waraskah mereka utk benarkan golongan begini menyertai perhimpunan ini? kita tau secara logiknya bila dah beramai begini, sekali dicuit pasti huru hara...kalau apa2 terjadi pada anak kecil,orang tua yang uzur dan kurang upaya ini, siapa yang akan kena tunding jari? "polis ganas ,tak buat kerja" biasa sangat dah kita dengar ayat mcm ni...ada x yang salahkan ambiga, nik aziz, awang hadi, ataupon anwar ibrahim sbb x pesan semua ni? siapa yang ambil tanggungjawab supaya pastikan golongan seperti ini tak ikut demo ini? ada ambiga check?

kerana tolak undang2 ini, berlaku makian seperti "anjing" "sial " etc2.... kalau anda pergi tengok undang2 ini, ayat2 yang boleh menimbulkan kemarahan mana2 individu adalah diharamkan...masih mahu tolak undang2 yang anda anggap sampah ini?

2)pada hari berdemo.... saya nak tanya pada perserta BERSIH.... ada x pengajur mahupon pemimpin yang anda puja itu turun di padang memimpin anda berada di barisan depan dan berarak beramai ramai? atau pemimpin anda cuma turun padang,tunjuk muka dan tinggalkan anda terkial kial di situ tanpa arah tuju? jujur saya tnya, kenapa ambiga kata, pukul 2petang sepatutnya demo ini sudah tamat tapi anda masih ada di sana tanpa arah tujuan sampai lewat petang? ambiga, anwar, awang hadi, niz aziz di mana waktu anda terkial kial di situ?

rata rata yang masih berlegar di situ orang Islam kita... yang belasah kereta polis tu pon orang kita...yang belasah reporter pon orang kita..... yang berada di barisan hadapan rempuh benteng polis juga orang kita.... yang mengeluarkan kata kata kesat pada polis rata rata orang kita....nampak x apa yg saya nmpak?

mainan orang luar yang cuba memecah belahkan orang Islam ... bagi menampakkan betapa ganas dan terroristnya orang Islam...yang ada bangsa lain cuma berada disitu waktu yang ditetapkan penganjur dan mereka bersurai mengikut jadual penganjur...lantas kenapa masih ramai orang Islam berlegar legar tanpa arah tujuan dan terus terusan bercakaran sesama sendiri? orang Islam kita x dapat memo ke demo habis pukul brapa? nik aziz, anwar ibrahim, awang hadi lupa pesan ke?

kenapa bila orang yang tidak berpakaian kuning itu tolong menjahanamkan kereta polis, semua orang automatik tunjuk jari pada polis dan kerajaan? ada kemungkinan x itu orang luar yang mahu kita bertindak tunding jari sesama sendiri? kenapa polis mahu busukkan nama sendiri dengan letak orang sendiri utk musnahkan orang sendiri? kenapa kerajaan usulkan kerjasama berdemo secara damai kalau mereka mahu kekecohan berlaku?

saya nak tnya, ada x ambiga pertahankan anda bila anda sakit kena dengan polis? mana awang hadi , nik aziz dan anwar?  yang mereka buat cuma deny bahawa orang yang bertindak violence itu bukan dari puak mereka "orang pas berdisiplin!" "it is very unusual behaviour of our protestant" ...ini putar belit secara pro...padahal selain yang berpakaian biasa, ada jugak yang berpakaian kuning yang sepak,lompat2 atas kereta polis... berbaloi ke kaki anda sakit sepak kereta polis tu? berbaloi ke atas lompat2 atas kereta polis tu sambil tendang cermin? kalau yang berpakaian kuning itu orang nik aziz, anwar atau ambiga, apa rasanya comment mereka?mereka mahu buang anda?atau pertahankan anda?teringin nak dengar comment mereka..

3) hasil dari demo hari tu.... apa yang anda nampak di facebook,twitter, blog2 dan media yang lain? rakyat kita bercakaran sesama sendiri....tunding jari sana sini....bukti kukuh dan kebenaran? tiada siapa dapat pastikan... kenapa? kalau punya bukti yang kukuh, pasti sudah selamat ambiga dan sekutunya saman mereka yang kononnya terlibat dalam memecah belahkan demo yang "aman" ini...yang kita buat cuma tunding sana sini...allegations sahaja...umpama anjing menyalak tapi tak berani mengigit...

siapa yang tepuk tangan disebalik semua ini? cuba anda fikirkan.... sebelum iraq jatuh, kuasa luar cuba buktikan pada dunia bahawa rakyat iraq tak mampu mentadbir negara sendiri....bergaduh sesama sendiri..bercakaran sesama sendiri.... benci dan tidak mampu hidup aman damai...sbb itu kononnya perlu kuasa besar luar yang lain mentadbir iraq...kerana iraq tak mampu uruskan diri sendiri lagi.... adakah malaysia bakal menjadi iraq? anda boleh cakap besar seolah olah saya terlalu extreme menganalisis perkara ini..tapi cuba tanya hati anda, marah, benci sesama sendiri, sudah sikit sebanyak tersemat dalam hati anda bila- anda tunding jari sana sini cuba tegakkan benang yang basah, bila anda tegamak memaki hamun sesama sendiri, bila anda sanggup merosakkan kereta walhal tau ada satu nyawa dalam kereta itu, bila anda pukul orang yang cuba halang anda dari terus memukul satu nyawa.... tnya hati anda sendiri..extreme lagikah pendapat sy ni? cuba anda letak diri anda sebagai orang luar, bila lihat aksi anda di youtube dan gambar2 yang tersebar luas, apa anda rasa mereka akan tafsir? cuba fikirkan...

4) paling penting sekali...apa yang anda dapat dari demo hari tu? undang2 yang anda tidak suka masih kukuh disitu..keadaan tidak berubah..rasuah anda benci masih berleluasa...  berbaloikah dengan kemusnahan dan darah yang tumpah? kita sekali lagi kalah dengan mainan politik... politik yang dahagakan kuasa ...  kalau anda ingin samakan demo yang berlaku pada negara maju dengan BERSIH hari tu...mmg tidak adil dan seperti langit dan bumi...demo disini tiada kata2 kesat, kerjasama dengan polis demi keselamatan semua, tiada kanak2 mahupon orang kurang upaya yang terlibat... mereka bersorak membawa banner menyatakan apa yang mereka inginkan dari kerajaan...cukup masa, mereka bersurai secara aman... dan tiada benci,marah, mahupon kekasaran.... sy yakin rata2 mahu demo yang begini kan? tapi kenapa penganjur dan ketua anda tidak pastikan kerjasama dengan polis? tidak pastikan tiada kanak2? tiada orang kurang upaya? tiada kata2 kesat?  kenapa letakkn pada bahu polis utk jalankan tanggungjawab penganjur anda sedangkan pada awal2 lagi penganjur dan ketua anda tolak kerjasama polis bulat2?

fikir fikirkanlah secara rasional...