Tuesday, January 13, 2009

"Saya cuma ada seorang adik. Usianya tiga tahun lebih muda daripada saya. Suatu hari, untuk mendapatkan sehelai sapu tangan yang menjadi keperluan anak gadis ketika itu, saya ambil 50 sen dari poket seluar ayah. Petang itu, pulang saja dari sekolah ayah memanggil kami berdua. Dia meminta saya dan adik berdiri di tepi dinding. Saya menggeletar melihat rotan panjang sedepa di tangan ayah.

"Siapa ambil duit ayah?" tanya ayah bagai singa lapar.

Saya langsung tidak berdaya menentang renungan tajam mata ayah. Kedua-dua kami membisu, cuma tunduk memandang lantai.

"Baik, kalau tak mengaku, dua-dua ayah rotan!" sambung ayah sambil mengangkat tangan untuk melepaskan pukulan sulungnya ke belakang saya.

Tiba-tiba, adik menangkap tangan ayah dengan kedua-dua belah tangannya sambil berkata, "Saya yang ambil!" Belum sempat adik menarik nafas selepas mengungkapkan kata-kata itu, hayunan dan balunan silih berganti menghentam tubuh adik. Saya gamam, lidah kelu untuk bersuara. Walau perit menahan sakit, setitis pun airmata adik tak tumpah.

Setelah puas melihat adik terjelepok di lantai, ayah merungut: "Kamu sudah mula belajar mencuri di rumah sendiri. Apakah lagi perbuatan kamu yang akan memalukan ayah di luar kelak?"

Malam itu, emak dan saya tak lepas-lepas mendakap adik. Belakangnya yang berbirat dipenuhi calar-balar cuba kami ubati. Namun adik cukup tabah. Setitis pun air matanya tidak mengiringi kesakitan yang mencucuk-cucuk. Melihat keadaan itu. saya meraung sekuat hati, kesal dengan sikap saya yang takut berkata benar. Adik segera menutup mulutku dengan kedua-dua belah tangannya lalu berkata, "Jangan menangis kak, semuanya dah berlalu!"

Saya mengutuk diri sendiri kerana tidak mampu membela adik. Tahun bersilih ganti, peristiwa adik dibelasah kerana mempertahankan saya bagaikan baru semalam berlaku. Adik mendapat tawaran belajar ke sekolah berasrama penuh dan saya pula ditawarkan menyambung pelajaran ke peringkat pra-universiti.

Malam itu ayah duduk di bawah cahaya lampu minyak tanah bersama ibu di ruang tamu. Saya terdengar ayah berkata, "Zah, kedua-dua anak kita cemerlang dalam pelajaran. Abang bangga sekali!"

"Tapi apalah maknanya bang…!" saya terdengar ibu teresak-esak.

"Dimana kita nak cari duit membiayai mereka?"

Ketika itulah adik keluar dari biliknya. Dia berdiri di depan ayah dan ibu."Ayah, saya tak mahu ke sekolah lagi!"

Perlahan-lahan ayah bangun, membetulkan ikatan kain pelekatnya dan merenung wajah emak, kemudian wajah adik dalam-dalam. Panggggg…. sebuah penampar singgah di pipi adik. Seperti biasa yang mampu saya lakukan ialah menutup muka dan menangis.

"Kenapa kamu ni? Tahu tak, kalau ayah terpaksa mengemis kerana persekolahan kamu, ayah akan lakukan!"

"Orang lelaki kena bersekolah. Kalau tak, dia takkan dapat membawa keluarganya keluar daripada kemiskinan," saya memujuk adik
tatkala menyapu minyak pada pipinya yang bengkak.

"Kakak perempuan… biarlah kakak yang berhenti."

Tiada siapa yang menyangka, dinihari itu adik tiada dibiliknya. Dia membawa bersamanya beberapa helai baju lusuh yang dia ada. Diatas
pangkin tempat dia lelapkan mata, terdapat sehelai kertas yang tercatat…..

"Kak…untuk dapat peluang ke universiti bukannya mudah. Saya cari kerja dan akan kirim wang buat akak."

Apa lagi yang saya tahu selain meraung. Ayah termenung, jelas dia cukup kecewa. Begitu juga emak yang menggunakan air matanya memujuk ayah.

Suatu petang ketika berehat di asrama, teman sebilik menerpa:
"Ada pemuda kampung tunggu kau kat luar!"

"Pemuda kampung?" bisikku. "Siapa?"

Tergesa-gesa saya keluar bilik. Dari jauh saya nampak adik berdiri dengan pakaian comotnya yang dipenuhi lumpur dan simen. "Kenapa
sebut orang kampung, sebutlah adik yang datang!"

Sambil tersenyum dia menjawab, "Akak lihatlah pakaian adik ni. Apa yang akan kawan-kawan akak kata kalau mereka tahu saya adik kakak?"

Jantungku terasa berhenti berdenyut mendengarkan jawapannya. saya cukup tersentuh. Tanpa sedar, air jernih mengalir di pipi. saya kibas-kibas bebutir pasir dan tompokan simen pada pakaian adik.

Dalam suara antara dengar dan tidak. saya bersuara, "Akak tak peduli apa orang lain kata."

Dari kocek seluarnya, adik keluarkan sepit rambut berbentuk kupu-kupu. Dia mengenakan pada rambutku sambil berkata, "Kak, saya tengok ramai gadis pakai sepit macam ni, saya beli satu untuk akak." Saya kaku. Sepatah kata pun tak terucap. Saya rangkul adik dan dadanya dibasahi air mataku yang tak dapat ditahan-tahan.

Tamat semester, saya pulang ke kampung sementara menunggu konvokesyen. Saya lihat tingkap dan dinding rumah bersih, tak seperti selalu.

"Emak, tak payahlah kerja teruk-teruk bersihkan rumah sambut saya balik."

"Adik kamu yang bersihkan. Dia pulang kelmarin. Habis tangannya luka-luka."

Saya menerpa ke biliknya. Cantik senyum adik. Kami berdakapan.

"Sakit ke?" saya bertanya tatkala memeriksa luka pada tangannya.

"Tak….Kak tahu, semasa bekerja sebagai buruh kontrak, kerikil dan serpihan simen jatuh seperti hujan menimpa tubuh saya sepanjang masa. Kesakitan yang dirasa tidak dapat menghentikan usaha saya untuk bekerja keras."

Apalagi…saya menangis seperti selalu.

Saya berkahwin pada usia menginjak 27 tahun. Suamiku seorang usahawan menawarkan jawatan pengurus kepada adik.

"Kalau adik terima jawatan tu, apa kata orang lain?" kata adik.

"Adik tak ada pelajaran. Biarlah adik bekerja dengan kelulusan yang adik ada."

"Adik tak ke sekolah pun kerana akak." kata ku memujuk.

"Kenapa sebut kisah lama, kak?" katanya ringkas, cuba menyembunyikan kesedihannya.

Adik terus tinggal di kampung dan bekerja sebagai petani setelah ayah tiada. Pada majlis perkahwinannya dengan seorang gadis sekampung, juruacara majlis bertanya, "Siapakah orang yang paling anda sayangi?"

Spontan adik menjawab, "Selain emak, kakak saya…." katanya lantas menceritakan suatu kisah yang langsung tidak ku ingati.

"Semasa sama-sama bersekolah rendah, setiap hari kami berjalan kaki ke sekolah. Suatu hari tapak kasut saya tertanggal. Melihat saya hanya
memakai kasut sebelah, kakak membuka kasutnya dan memberikannya pada saya. Dia berjalan dengan sebelah kasut. Sampai di rumah saya lihat kakinya berdarah sebab tertikam tunggul dan calar-balar."

"Sejak itulah saya berjanji pada diri sendiri. Saya akan lakukan apa saja demi kebahagiaan kakak saya itu. Saya berjanji akan menjaganya sampai bila-bila."

Sebaik adik tamat bercerita, saya meluru ke pelamin, mendakap adik sungguh-sungguh sambil meraung bagaikan diserang histeria.

Monday, January 12, 2009

Once while visiting members that ar very rich,
the maid approached me and…..

Question : "What would you like to have..Fruit
juice, Soda, Tea,
Chocolate, Capuccino, Frapuccino,or Coffee?"
Answer: " Tea please"
Question : " Ceylon tea, Indian tea, Herbal
tea,Bush tea, Honey bush tea, Iced tea or green
tea ?"
Answer : "Ceylon tea "
Question : "How would you like it ? black or white ?
Answer: "white"
Question: "Milk, or fresh cream?
Answer: "With milk "
Question: "Goat’s milk, or cow’s milk"
Answer: "With cow’s milk please.
Question: " Freezeland cow or Afrikaner cow?"
Answer: " Um, I’ll just take it black. "
Question: " Would you like it with sweetener,
sugar or honey?"
Answer: "With sugar"
Question: " Beet sugar or cane sugar?"
Answer: "Cane sugar "
Question:" White, brown or yellow sugar?"
Answer: "Forget about the tea, just give me a
glass of water instead."
Question: "Mineral water, tap water or distilled
water? "
Answer: "Mineral water"
Question: "Flavored or non-flavored

answer : argh…nevermind.. i think i will die thirsty here.. =)

Sunday, January 11, 2009

ngeee.....

remember x masa aku jawab first paper nk aku dah x tahan nk trkucil.....

ye...balik tu mmg dah x tahan...

aku paksa santoksan...(nama sbnar beliau san je)....ke toilet..ele..dia pn nk trkucil jgk...

level bawah FOSEE(sejenis bangunan ni ye).... pusing2....xada toilet! dang!

naik tangga first floor....

mak aihhhhhhhhhhhhhh...full....

aku pujuk lagi santoksan..

aku: jomlah naik lagi satu floor....satu je...mesti oke n x ramai org...
santoksan: aku dah btol2 xtahan ni...dah xleh naik tangga wei....
aku: sama je..ko kena tunggu gak brator kalau nk kat level ni....

santoksan pun pasrah n trkial naik tangga smbil kepit2....sude tidak tahan oke...aku pn x tahan jgk...sejuk amat2 sgt8 dlm exam tadi oke....

second floor

santoksan: celaka btol....aku dh x tahan ni....!!!!
aku: apasal?
santoksan: ko tgk sndiri...

wek2....bdohhhhhhhhhhhhhhh thap nk kena tmpar sapa yg celaka buat toilet cemni!

aku: arghhhhhhhhh....pegi mampos...ko masuk je toilet jantan ni.....aku cover kat depan toilet...cpt2...aku pn dah x tahn ni...
santoksan: btol?boleh ke?ko jaga btol2 tau (dh x leh pikir...sbb dah x tahan..dah x pduli....)
aku:cpt la....aku pn nak wewe niiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii.......

lepas aku n santoksan setel benda kiteorg dlm toilet JANTAN itu....

kiteorg pn blah smbil kagum ngan diri sndiri yg mampu masuk toilet JANTAN.....tp...toilet JANTAN tu bersih oke...sbnarnya toilet kat FOSEE ni sntiasa bersih..sbb ni area bilek lecturer...tp ntah napa mcm celaka condition toilet PEREMPUAN itu..cis...


dan on the way blah tu....

makcik cleaner: apsal masuk toilet JANTAN?
aku: toilet PEREMPUAN tu kotor sgt8.....dengan dah xtahan nk carik toilet lagi

akibat bunyian nye mcm aku tuduh makcik cleaner x buat keje sbb toilet kotor....dia pn macam bengang...

makcik cleaner: kotor?!!! lain kali xboleh masuk toilet JANTAN...bla2....(mrah2)....

aik....marah?kalau dh tau kotor...gi je lah cuci toilet tu....baiklah aku gi toilet JANTAN ngan santoksan dr kiteorg bertabur je kat lntai...lagi susah keje mekcik...ye x?cis.....xbersyukur btol..n memahami btol...org dh x tahan...emergency.!! bukannya saje2 gatal..cis....

Saturday, January 10, 2009

lokasi: FOSEE ACR0001..

oke.....aku nk score paper ni..pls2....pls2.....tgk soklan,mak aih....matilah aku....ngaaaa.....(xperlu further explaination kan???kn?)..

lima minit sblum exam bermula...

aku: eh...ni aiman kan?kita sama dulu masa foundation kan?lama siot x nmpak ko...
aiman: aah...biasa la....aku sngkut byk...repeatlah...sbb tu hegeh2 blakang ko...
aku: ngeeeeee....lecturer kita apa nama?aku lupe( siot x punya anak murid??...aku trlupa la..aku kompius sbb kepala ngah sarat ngan point2...ngeeee....)
aiman: madam asmida....
aku:yehaaaaaaaa...tengkiu2(amat trharu sbb dah setel prob)...

sejam berlalu...

wohoooooooooo...sjuk siot.....tgn masih gigih menulis....sudah start lenguh2 tgn sbb tulis tnpa henti....nak kencing.....smpat x?nk kuar...kencing2....alalalalala...tgk jam...tgk brape byk soklan aku dh jawab...dang!.haduih! kansel....xdpt nk gi toilet..huuhhuhuhuhuh... >_<

2jam berlalu....

kaki dh start kepit2 dah...ngeeeee....matilah...soklan byk lagi ni...arghhhhhhhhhhhh.....>_<


hampir nk ke deadtime....


aku masih lagi hegeh2 jawab soklan last...aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa...mati...tulis laju2.....sakit tgn xyah cite aaa....tulisan sude buruk...arghhhhhhh..nasib aaa..janji jawab...dan.....

ntah sore sape2: ok....stop writting and remain in ur sit bla2.....

arghhh....ayat trakhir dan...yesh! siap....

eh...

eh...

jwpn sheet aku 2 set...alahai labu..kena main ikat2 lak..kena isi borang lagi skali....alahai...br tgn aku nk rest!@#$%^&*()_!!! cpt2 jgk isi borang + ikat jwpn..... ngam2 org tu smpai meja aku nk amek paper....fuh....

eh....


eh...

mcm ada org pndang aku la....

angkat muka...

ngeeeeee....

anak ikan kantoi sedang melihat dgn jayanya aku kelam kabut ikat + isi borang jwpn...cis!

trsipu2 dia pusing bdn pdng depan balik( dia duduk area2 depan aku).....

ngeh3......

yay.........

balik...

soklan susah....

xpduli lagi...

syuh....

go away....

xmo pikir...jgn pikir....jgn tgk jwpn balik nnt...


jgn...

jgn...

dan macam biasa..

degil....


tgk jgk...

tp hampa...

aku dh lupa apa aku jawb tadi...hak2....

la stupidoooooooooooooo!

Friday, January 9, 2009

perbualan di kedai kuning....

beliau: bagi kuehteow tomyam 1
aku:emmmmmmmmmmm.....mee hoon goreng
beliau: ouh..tmbah mee goreng basah 1 n ais kosong...
aku:milo esssssss...
pelayan: mknan 3???(ekspresi tidak pecaya)...
aku dan beliau: menghangguk serentak...

ngeeeeeeee....

alkisahnya...aku dh lama tringin nk mkn mee goreng basah..tp aku xmo byk2....sekadar nk rasa je...2 @ 3 suap je...dan beliau jgk mempunyai selera yg sama....ngeh2....sebab tu lah order smpai 3... ngeeeeee....makan x henggat oke couple ni....mungkin itu yg pelayan tu pikir....


tp...nasib baik order mee goreng basah itu oke...kueh tiaw beliau amatlah tidak sedap..tawar wek2....jadi beliau lebih byk menghentam mee goreng basah itu smentara aku sedap je layan mee hoon goreng aku yg nyum2.... lalalalalala.....

maaf graphic kurang memuaskn(tiru ayat news dlm tv1)....sbb kurang pengcahayaan..

Thursday, January 8, 2009

pada suatu hari yg aman damai....

teruna: alamak...
dara: apsal?
teruna: patotlah berangin je....(trsipu sipu)
dara: apsal?ape benda berangin..??
teruna: ngeeeeeeeeeee...zip sluar longgar...trbuka sude..
dara: cis...xsenonoh...dahtu tunggu ape lagi?pi la ujung sana btolkn..
teruna: oke.


hahahahahaha..kejadian ini tidak trjadi pada aku..btol...sesumpah!! xada kena mengena antara aku n beliau...sungguh!

Wednesday, January 7, 2009

pebualan di YM...

mira: ko x kuar ngan afiq ke?
aku: xlah..ko ingat slalu ke aku kuar ngan dia?
mira: mana lah tau....

beberapa minit selepas itu...aku kuar bersama afiq...skang aku pn kompius...kiteorg slalu kuar ke x?ngeeeeeeeeeeeeee....aa..lu pikir la sndiri...

beberapa kejadian telah trjadi....

kejadian pertama

aku mmg memberontak on the way nk gi muvie...aku dok jerit n nak nanges sorang2 "!@#$%^&*" oi! aku x mencarot oke...aku cuma membebel...sbb apa aku memberontak..biar aku n beliau je tau..hehehhe....

pas smpai je melaka mall...aku pn xpdulikan beliau..aku memberontak la katakn..mmg hot gila aa aku memberontak..eh...bukan aku hot...tp hati hot(panas)... langsung x pndang muke beliau...tinggal je beliau di belakang jalan sorang2...muka xyah ckp aa...asam kecut pn serender kalah ngan aku...ngeeeee....pehtu aku pn menuju ke jambatan tamparuli yg connect melaca mall n jj..aku nak amek teksi dan pulang! tengah2 jambatan....berlakulah drama...

beliau menarik bj aku ...dan tarik tgn aku kuat gila...sakit siot..beliau x kasik aku pulang! aku pn lagi memberontak keras n try nak lepaskn tgn dia..sakit aaaaaaaaaaaaaaa! cis....ayat2 manis n sori2 mori smua kuar...tp aku xlayan..kata memberontak kan....

pehtu...beliau tibe2 mcm ptus asa...dia let go kan tgn aku..n aku pn berlagaknya blah....dia xkejar pn....

cis..aku pusing blakang tgk..dia dh jalan bla ke arah laen..cis! dia tinggal aku plak?kojaq! cis....


last2 aku yg kejar beliau balik....

bodoh x?funny x?

ngeeeeeee....kiteorg mmg cemni....

yg siotnya..aku kejar dia balik...pehtu dia leh gelak ckp...

"ele.....tau kamu mesti patah balik...ehhehehhe..sbb kita gado bodoh je"

cis....siot je..kalau tau...aku balik btol2....


kejadian kedua.


berlaku semasa top up kad kredit wayang kiteorg...dia cuma top up suploh hengget je? satu ticket dh nk dekat suploh hengget..mana ckup nk tgk dua org...

aku: mana cukup top up byk tu je...
beliau: sapa nk tgk wayang ngan dia..td nak balik sgt kan..balik la...


haa...ni mmg angin dtg balik n nekad nk balik....sentap siot....time tu jgk jalan laju2 nk blah....

tp kali ni kena kejar..yay2....

nasib baik dia kasik alasan logistik (logik) napa dia topup suploh je....

beliau: ala...ari tu umi n abah dtg, tgk wayang jgk..dorang pakai kad ni..pehtu top up lebih....sbb tu la topup suploh je...dah ada suploh dlm kad ni....

pehtu aku pn sentap lagi la..tp xlari balik dh....cuma majuk xmo ckp n duduk diam2 kat ujung corner sorang2....

pehtu beliau ajak gi cold storage beli snack...cis! suke2 je nk ajak org gi beli brg..pujuk la dulu..dahla td xkejar org..siot je....

pehtu aku kalah lagi bila dia buat lawak bangang

beliau: syg..xmolah majuk cemni..ni dah mcm laki bini dh ni kita...laki bini gado mcm nilah... bini dia majuk xmo ckp...xmau pandang muke..xmo gerak mana2....sayang jgnlah majuk cemni skarang....tunggulah kita dah wen2 br majuk..majuk laki bini skang..nnt time dah jadi laki bini u xleh nk majuk dah...nnt dah xada idea nk majuk camne...ha...cian kat u....


ha...begitulah lawak bangang dia...n aku xleh tahan trus bntai gelak smbil belasah beliau bertubi2 ngan beg..hahahha...padan muke...tulah...td xmo kejar org lagi....pehtu pegang org kuat2..sakit oke....


tp lepas tu....kiteorg tgk muvie ngan aman damai....ngeeee..xgado cam bebudak lagi....

mcm mira pesan kat aku mlm tu...

mira: jgnlah korang gado cam bebudak lagi pehtu nanges2..riso aku...


ngeeeeeee...yelah mira...cayang jgk ko kat aku.....ngeeeeeeeeeee...

end!